Thursday, 19 May 2011

Kereta hidrogen ciptaan UiTM sertai perlumbaan

SHAH ALAM 7 Julai - Sekumpulan mahasiswa Universiti Teknologi MARA UiTM, disini berjaya bina sebuah kereta lumba berkuasa hidrogen bagi menyertai Shell Eco Marathon 2010 yang bakal berlangsung selama empat hari in i di Litar Formula 1, Sepang.

Menurut Pengurus pasukan ini, Mohd Izmir Yamin, kereta prototaip ini dibina dengan kerjasama semua penuntut kursus kejuruteraan yang dikenali sebagai Engines Union.


"Kereta ini seberat 130 kilogram dan pemandunya mesti mempunyai berat tidak lebih 70 kilogram"

Penuntut berusia 28 tahun yang sedang mengikuti pengajian Kejuruteraan Mekanikal itu menambah, penciptaan tersebut penting kerana inovasi dalam tenaga alternatif seperti hidrogen untuk kenderaan pada masa depan tidak dapat dielakkan. 


Upacara simbolik pelepasan kereta tersebut telah dilakukan sendiri oleh Naib Canselor UiTM, Datuk Dr. Ir. Prof Sahol Abu Bakar dal satu upacara dalam satu majlis ringkas di perkarangan Bangunan Canselori semalam.


Naib Canselor UiTM, Datuk Dr. Ir. Prof Sahol Hamid Abu Bakar merasmikan kereta ciptaan pelajar kejuruteraan 

Mohd Izmir menjelaskan, pemandu kereta itu, Syed Mohd. Harussani, 24 yang juga menuntut jurusan kejuruteran telah membuat tiga kali uji pandu di Litar F1 Sepang dan harapan untuk menang agak cerah kerana persaingan hanya daripada pasukan dari Singapura.

  
                                         
Ciptaan UiTM untuk Malaysia

Beliau juga berpendapat pertandingan yang julung kali di adakan di Sepang itu bakal menjadi pemangkin kepada inovasi industri permotoran negara ini. 

Sumber :arkib Utusan